Thursday 5 June 2014

Sayonara KMKN

Assalamualaikum everyone. Hye.
Lama giler aku tak update blog. Ni pun sebab kawan baik aku tolong ingatkan.Haha. Dia cakap dah berhabuk kut blog tu. Terima kasih syirah sebab sudi nak baca blog aku yang entah apa-apa ni.
Malas. Tulah alasan yang paling munasabah why I don't post new entry recently.
Untuk pengetahuan semua,aku baru je menghabiskan pengajian asasi aku selama 10 bulan di KMKN (Kolej Mara Kuala Nerang) pada 15/5/2014 hari tu.
Best giler dah habis foundation. Rasa macam nak menjerit sepuas hati tau. Tapi takut orang fikir aku ni tak siuman pula.
 Aku bersyukur sangat sebab berpeluang untuk study dekat KMKN. Dulu sebelum SPM aku pernah bercita-cita nak study kat KMKN. Alhamdulillah dapat. Walaupun life dekat KMKN lebih kurang macam dekat maktab je..tapi bestlah dekat sana. Dekat sana students tak panggil lecturer. Kitorang panggil cikgu. Cikgu-cikgu dekat sana best giler. Diorang baik sangat.
Dekat KMKN best tapi banyak sangat aktiviti dekat sana. Kena berlakonlah, kena buat projek tulah,nilah. For your information, untuk pertama kalinya aku berlakon dekat KMKN. Aku jadi ibu kepada anak derhaka. Malu tu malu jugalah.. tapi aku just buat tak tahu je.Tapi tu masa sem 1. Masa sem 2 kami kena berlakon juga. Satu group 5 orang kalau tak silap. Ni projek wajib.Carry mark untuk final. So, setiap orang kena form group and berlakon based on tajuk yang cikgu bagi. Stress jugalah but it's okay. Just have fun!
Walaupun stress macam mana sekalipun, kita kena sentiasa ingat bahawa 'You were given this life because you're strong enough to live it'.
Life is a journey. So, enjoy every mile :)
Yang gambar atas masa graduasi di KMKN and gambar bawah masa graduasi di MRSM Baling.

InsyaAllah lagi 5 tahun graduate sebagai seorang doktor pula. May Allah ease my journey.
Okay, setakat inilah coretan untuk hari ni. InsyaAllah nanti kalau aku rajin aku akan share something dengan korang. Kbye.

No comments:

Post a Comment