Assalamualaikun, Hi !
Esok weekend ! Yay! Nilah saat yang dinanti-nantikan setiap minggu. So, no class for 2 days :))
Haha. Okay happy happy juga takde class tapi study tu jangan lupa. Dahlah aku kurang faham sikit topik minggu ni. So, weekend memang kena catch up balik la topic yang tak faham tu. Kalau tak meranalah kau nanti bila dekat-dekat exam nanti.
Actually, malam ni terasa nak menulis, eh menaip sebab ada something yang bermakna berlaku. I mean something yang make me happy. So nanti bolehlah baca balik kalau nak mengimbau kenangan lama-lama. hahah
Alhamdulillah, aku pass Year 1 MBBS ! Seronok sangat sampai rasa nak menangis tahu tak. Kalau tak silap 10/7/2015 dapat result last module which is Respiratory module then kalau lepas semua modules bolehlah cuti lama sikit. Lama tak lama sangatlah, lebih kurang sebulan lebih macam tu je. Tapi tu pun dah bersyukur sangat-sangat sebab medic bukannya banyak cuti sangat pun and best jugaklah cuti raya sebulan. Heaven! Aku pernah mengadu dekat one of my bestfriend, tak bestlah tak banyak cuti and she said to me "takpelah, medic kan tough" Hmmm, memang tough :'( Semoga Noor Hamidah stay strong !!!
24/8/2015, dah start masuk Year 2. Sekarang ni aku dalam Gastrointestinal module ( GIT Module ). Hectic sangat jadual GIT :'( Menangis air mata darah tengok jadual GIT . Tu over! Haha. Tapi serius baru habis minggu ke-2 aku dah terasa semput. Rasa macam tinggal nyawa-nyawa ikan je ni. Sibuk sangat module ni compare dengan module-module sebelum ni. Tapi takpelah, hidup perlu diteruskan. This is my own choice and I will make it real, InsyaAllah.
Modules for Year 2 MBBS RCMP:
- GIT ( GASTROINTESTINAL)- 9 weeks
- ENDOCRINE - 6 weeks.
- SCIENTIFIC ENQUIRY + SSM - 4 weeks
- UR MODULE
- NS MODULE- 8 weeks
Wajib pass kelima-lima modules tu and if u fail any of the modules, kena resit exam and then kalau pass then u can proceed with profesional exam. And kalau pass profesional exam tu then boleh masuk Year 3 ( clinical year )
Untuk Year 2 ni aku juga belajar Titas, Technopreneurship and Mandarin. *sila letak emoticon orang mengantuk* Tak suka tapi wajib ambil juga. Hmmm, takpelah niatkan nak menuntut ilmu insyaAllah dapat ganjarannya nanti :))
p/s : Semoga Noor Hamidah Roslal pass semua module and profesional exam dengan sekali attempt. Amiin.
*orang selalu cakap nanti bila dah kerja kau akan rindu waktu belajar and kerja lagi susah daripada belajar. So, harapnya aku dapat memanfaatkan time belajar ni dengan something yang dapat meninggalkan kenangan yang indah bila dah habis belajar nanti. Ecewah, emo pula hujan-hujan ni :') *
No comments:
Post a Comment