Sunday, 7 August 2016

Clinical years unlocked!

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan pada diri sendiri, nak update blog sikit after profesional exam hihi :)
Alhamdulillah, aku pass profesional exam yang susahnya tak tau nak kata macam mana haha and berpeluang cuti sebulan lebih after professional exam.Kebetulan profesional exam start 8 Ramadan and exam pun 3 hari, so berpeluanglah nak puasa kat rumah lama sikit compared dengan tahun lepas and alhamdulillah jugak sebab dapat raya sebulan dekat rumah tahun ni. Kite sukaaaaa sangat!
Actually esok dah nak balik Ipoh sob sob :'( sebab isnin ni dah start class. Nampak tak betapa aku malasnya nak update blog. Cakap nak update after professional exam, tapi sebab malas punya pasal, so bertangguhlah sampai ke hari ni.

My clinical years will begin real soon. Takut and cuak sangat. Dahlah kena pass semua posting and I just hope will be given more strength to face another 3 years as a medical student.
Hmm, for me year 2 is quite mencabar. Rasa macam busy sangat, mostly busy dengan general subject la-,- Maybe sebab profesional exam jugak kut. Sebab kitorang kena pass semua module before sitting for the professional exam. So, memang kena focus untuk setiap module tu betul-betul. Hari tu cuak jugaklah fikirkan professional exam ni sebab exam ni merangkumi year 1 and year 2. Mestilah nak kena start awal-awal kan. Senior ada cakap kalau boleh kena start revise 5 bulan before professional exam. Yang cuaknya, rasa macam takde masa nak focus untuk profesional exam sebab topic untuk setiap module pun quite banyak nak kena study. Basically, aku start revise untuk professional exam selepas habis semua exam module. Actually, kalau tak kena resit any exam module, kitorang ada masa lebih kurang sebulan untuk revise for the profesional exam. Memang takut jugak kalau tak sempat, tapi nak buat macam mana. Memang kena betul- betul study dalam masa sebulan tu. Masa revision weeks tu, aku pilih untuk study dekat rumah sebab entahlah rasa macam lagi okay study dekat rumah. Kalau stress pun boleh share dengan family and sedikit sebanyak dapat kurangkan stress. Tapi ikutlah sesetengah orang lagi prefer tak study kat rumah. Kalau diingatkan balik, masa revision weeks tu memang jarang sangat keluar bilik hahah. Mak selalu masuk bilik lepas tu tanya banyak lagi ke nak kena study.Hahaha. Memang banyak la jawabnya. Kalau tanya, sempat ke nak study dalam masa sebulan ni. I tell you memang tak sempat. Kalau boleh start awal tu, lagi better.

And alhamdulillah finally I did it!
Usaha, usaha jugak. Tapi kita kena selalu berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Ingat D.U.I.T. Doa, usaha, ikhtiar, tawakal. Kalau kita usaha je, tapi tak berdoa tak boleh jugak kan begitu jugak sebaliknya, kalau berdoa tanpa usaha pun sia-sia.

Okaylah, sampai sini je coretan untuk kali ni. Nak sambung sedihlah sebab esok dah kena balik Ipoh.
 Bye!




No comments:

Post a Comment